Suatu kehebatan perlu diketahui oleh semua!
Apakah Cabaran Kepada Kesihatan Kita???
Penyakit Kronik Degeneratif
Penyakit yang paling merbahaya pada masa sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman ataupun virus, tetapi adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia.
Tahukah kita, setakat ini tidak ada cara untuk menyembuhkannya?
Laporan tahunan World Health Organisation (WHO) telah memberi amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta orang setiap tahun, dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia di bumi ini.
Namun penyakit degeneratif boleh dielakkan
Ramai diantara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang, penyakit yang diakibatkan oleh umur yang meningkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun kita harus faham bahawa "tua" tidak bermakna "sakit". Untuk mengelakkan penyakit degeneratif, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.
Tahukan anda apakah penyakit-penyakit yang sedang mengancam kehidupan masa kini?
Obesiti
Penyakit Jantung
Kencing Manis
Strok
Kanser
ADAKAH ANDA SALAH SEORANG PENGHIDAPNYA?
APAKAH PUNCA PENYAKIT INI?
Jawapannya : Radikal Bebas (Free Radicals)
Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil. Bagi mengekalkan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan menbentuk rantaian radikal bebas di mana molekul yang sihat ini akan dirosakkan. Ini akan membawa kerosakan berterusan kepada pelbagai sel dalam badan manusia.
p/s Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya
No comments:
Post a Comment